Menjadi sebuah Koperasi yang dapat membantu meningkatkan sosio-ekonomi anggota Koperasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Berhad dan memberikan pulangan dividen yang kompetitif kepada anggota Koperasi.
MISI
Berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan boleh diyakini kepada pelanggan terutamanya kepada anggota Koperasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Berhad.
Latar Belakang Koperasi UIAM Berhad (KUIAMB)
Koperasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Berhad (KUIAMB) pada awalnya dikenali sebagai Koperasi Kakitangan International Islamic University Kuala Lumpur Berhad. Ditubuhkan pada tahun 1985 dan dimiliki sepenuhnya oleh anggota KUIAMB yang secara khususnya terdiri daripada kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Objektif Utama KUIAMB
adalah menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti secara berterusan serta memberikan komitmen yang mapan dengan penuh dedikasi untuk mendapatkan kepercayaan daripada para pelanggan yang terdiri dari pelbagai sektor sama ada kerajaan, separa kerajaan, ahli-ahli koperasi serta sektor Swasta.
Aktiviti Utama KUIAMB
adalah pembiayaan kredit bagi anggota Koperasi dan juga membekalkan peralatan pejabat dan ubahsuai pejabat seperti perabot, alat tulis,buku, dan kerja-kerja pembinaan kecil mengikut permintaan semasa.
Koperasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Berhad (COOPIIUM)
Selain daripada itu, KUIAMB juga terlibat dalam aktiviti perkhidmatan; KUIAMB telah dilantik oleh pihak UIAM untuk mengeluarkan kad pintar bagi semua pelajar di Kampus UIAM sejak tahun 2005 hingga kini. Antara cabang perniagaan lain, KUIAMB juga telah diberikan peluang untuk menjalankan perniagaan kedai runcit di beberapa kawasan kediaman pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terletak di Gombak, Kuantan dan Gambang. Hal ini seterusnya menjadi tunjang kepada KUIAMB untuk berdiri kukuh dan utuh dengan matlamat dan objektif dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat anggota KUIAMB dan komuniti UIAM.
Falsafah kami adalah untuk menjadi sebuah koperasi terkemuka dalam kalangan institusi pengajian tinggi berlandaskan pengalaman dan pengamalan operasi yang cemerlang. KUIAMB juga sentiasa memastikan kedudukan kewangan sentiasa kukuh untuk memberikan pulangan dividen yang kompetitif kepada anggota KUIAMB. Oleh itu, komitmen kami telah membuatkan kami menjadi lebih yakin untuk melaksanakan semua cadangan, perintah dan perniagaan dalam pelbagai bidang. Sokongan yang berterusan daripada anggota dan para pelanggan KUIAMB menjadi tulang belakang atas pencapaian kami selama ini.